1.Solat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya.
2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya
sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu
dengan penuh pemahaman.
3. Solat subuh berjamaah. Sebelum melangkah kemana pun
langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan
kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
4.Melakukan solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat
dhuha.
5.Bersedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka
bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah
setiap hari.
6.Berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
7.Beristighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus
selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam
lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan
zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat
yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan
dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia".
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang
berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan
mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan
termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai
datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Disunting dari hajiarshad.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan