Selasa, 6 Mac 2012

Makkah pertama 2012

Insyaallah 8Mac buat sekian lamanya aku akan menjejaki kaki ke bumi haram makkah.Moga diberkati Allah dan selamat pergi dan pulang insyaallah

Selasa, 7 Februari 2012

Lama menyepi

Lepas pulang dari haji diri rasa terlalu letih menyebabkan x bermaya.alhamdulillah sekarang mula bangkit untuk meneruskan kerja kerja biasa pakej umrah

Selasa, 17 Januari 2012

Kehidupan didunia

Dunia ibarat roda berpusing dan terus berpusing?kekadang roda pusingan manusia memuncak dan kekadang tertewas.begitu juga iman.kadangkala iman itu tinggi melangit tetapi kekadang melisit jauh...tapi apa jua yang berlaku itu adalah pusingan hidup

Rabu, 28 Disember 2011

Pulang Ke Kelantan

20hb lepas maghrib kami sekeluarga pulang ke kelantan kerana keesokannya adalah hari keputusan PMR 2011...alhamdulillah anak sulung kami yang belajar di MTS Tanah merah nurul afifah hanan mendapat 9A Sekalung tahniah buat along dan juga sepupu karibnya adibah farahanim yg juga pelajar MTS Beris Kubur besar bachok juga 9 A.Tahniah kepada kedua dua anakanda kami...alfun mabrur

Jumaat, 16 Disember 2011

Gambar sempena raja sehari

Tetamu dari Saudi

Alhamdulillah semalam saya menerima tetamu dari saudi iaitu sahabat kami Subhan dan kafilnya.Sekarang musim cuti sekolah jadi kami bawa mereka menjamu selera di restoran seri muara ikan bakar milik haji nasir.Sampai di melaka pula anak jemaah yang pergi haji lepas ada disana jadi kami pun jemput beliau bersama.Mereka islah ismat dan zuria maybank sekeluarga.semalam sahabat dari mekkah bermalam di melaka tetapi saya terus pulang ke pelabuhan klang.Sampai dirumah jam 1 pagi Alhamdulillah dengan selamatnya.

Selasa, 13 Disember 2011

Selamat pulang ke kl

Alhamdulillah kenduri selesai sudah dan semalam 630 petang kami sekeluarga merentasi hutan belantara melalui gua musang,lipis,raub dan akhirnya pulang ke klang.Kami sekeluarga selamat tiba jam 230 pagi 13 disember..