Rabu, 28 Disember 2011

Pulang Ke Kelantan

20hb lepas maghrib kami sekeluarga pulang ke kelantan kerana keesokannya adalah hari keputusan PMR 2011...alhamdulillah anak sulung kami yang belajar di MTS Tanah merah nurul afifah hanan mendapat 9A Sekalung tahniah buat along dan juga sepupu karibnya adibah farahanim yg juga pelajar MTS Beris Kubur besar bachok juga 9 A.Tahniah kepada kedua dua anakanda kami...alfun mabrur

Jumaat, 16 Disember 2011

Gambar sempena raja sehari

Tetamu dari Saudi

Alhamdulillah semalam saya menerima tetamu dari saudi iaitu sahabat kami Subhan dan kafilnya.Sekarang musim cuti sekolah jadi kami bawa mereka menjamu selera di restoran seri muara ikan bakar milik haji nasir.Sampai di melaka pula anak jemaah yang pergi haji lepas ada disana jadi kami pun jemput beliau bersama.Mereka islah ismat dan zuria maybank sekeluarga.semalam sahabat dari mekkah bermalam di melaka tetapi saya terus pulang ke pelabuhan klang.Sampai dirumah jam 1 pagi Alhamdulillah dengan selamatnya.

Selasa, 13 Disember 2011

Selamat pulang ke kl

Alhamdulillah kenduri selesai sudah dan semalam 630 petang kami sekeluarga merentasi hutan belantara melalui gua musang,lipis,raub dan akhirnya pulang ke klang.Kami sekeluarga selamat tiba jam 230 pagi 13 disember..

Jumaat, 9 Disember 2011

9 Disember 2011

Satu lagi hari bersejarah bagi keluarga kami kerana salah seorang ahli keluarga telah melangsungkan rumah tangga lepas solat jumaat ...Alfun mabrur kepada ayah din dan isteri.

Khamis, 8 Disember 2011

BALIK KAMPUNG

Alhamdulillah kami masih diberi kesihatan .Moga nikmat sihat berkekalan.Kami mengharapkan juga agar nikmat cintai dan sanyangi agama melimpah ruah dalam jiwa insyaallah.esok adalah hari walimatul urus mr bob dgn doa diberkati Allah.Sekarang pukul 11 malam .Masih lagi di R & R Gua Musang solat jejap.insyaallah kejap lagi akan meneruskan perjalanan balik kampung .

Rabu, 7 Disember 2011

lensa haji 2011

MAKKAH AL MUKARAMAH


KAABAH KIBLAH UMAT ISLAM

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Haji 2011

Alhamdulillah dengan izin Allah saya bersama rombongan selamat menunaikan ibadah haji dari 28 oktober hingga 29 november 2011.Walaupun visa limited tetapi dengan izin Allah dapat jua kami menjadi tetamunya...2011 tanpa disangka sangkakan di mekkah allah mempertemukan dengan maulana gunawan dan isteri,nik abdullah dan isteri,ustaz afifi dan isteri serta beberapa sahabat lagi.apa yang luar biasanya suasana haji 2011 tidak sesibuk sebelumnya .Dikawasan jamrah tidak dijaga seketat biasa...cuma kesesakan memuncak apabila tibanya 12 zulhijjah..perjalanan 5kilometer memakan masa 4 jam dengan kereta sbb itulah musim haji motorsikal paling laju sekali.Biasanya kami cuma 3 malam dimadinah tapi tahun nie kami berada selama 8hari..sudah lama x jumpa kesejukan..Alangkah indahnya sejuk ...hampir 10 tahun aku x jumpai kesejukan sebegini Alhamdulillah...

Bilik berkat di MSD travel

Walaupun kami serba kekurangan alhamdulillah haji 2011 dapat juga kami sediakan bilik berkat..makkah dan juga madinah...Beberapa jamaah yang membawa isteri alhamdulillah sempat juga untuk merasai nikmatnya bersama semasa bulan haji..insyaallah suasa begini akan kami sediakan dari tahun ke tahun..dengan adanya bilik seumpama ini insyaallah jiwa jemaah tidak lah tertekan..kami mendoakan semoga jemaah yang berkesempatan menggunakan bilik berkat moga diberkati Allah serta bertambah zuria berkat bumi makkah dan madinah