KAABAH KIBLAH UMAT ISLAM
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai
graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di
situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh
telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi
kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan
daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion
negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah
tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah
gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh
elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk
melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh
mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak
boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin
dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang
tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan
gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah
yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di
tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam
empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga,
graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap
Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang
belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah
arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam
semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah
tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di
dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah
mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah
tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah
sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah
simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak
terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya
kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok
atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena
untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab
itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia
baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur
atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah
bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang
dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan
diterima oleh tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan